Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Cadiz Tuntut Batalkan Gol Elche & Sambung Semula Aksi Bermula Minit Ke-81

today18 January 2023

Background


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Cadiz menuntut sambung semula aksi 9 minit lagi menentang Elche – agar ia dimainkan semula atau mereka mengheret La Liga ke mahkamah untuk tindakan perundangan.

Dalam aksi pada malam Isnin, Cadiz yang kini berada di zon penyingkiran, seri 1-1 dengan Elche di Estadio Nuevo Mirandilla.

Pasukan tuan rumah 1-0 di hadapan menerusi Brian Ocampo dan kelihatan akan berjaya meraih 3 mata yang benar benar mereka perlukan ketika ini untuk kekal di liga teratas.

Namun Elche menyamakan kedudukan pada minit ke-81 menerusi Ezequiel Ponce.

Gol penyamaan itu telah mengundang kontroversi, apabila penjaga garisan dan VAR gagal mengesan ofsaid yang jelas ketika binaan gol tersebut.

Ponce dengan jelas berada di belakang keseluruhan pemain pertahanan Cadiz sebelum dia turun ke bawah sedikit untuk menerima bola dan menolak kepada rakannya di belakang. Kemudian bola dihantar ke bahagian sayap.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post