Site icon Kool FM

Caj RM1 Pengeluaran ATM Antara Bank Dimansuhkan Mulai 1 Julai

Rasmi: Caj RM1 Pengeluaran ATM Antara Bank Dimansuhkan Mulai 1 Julai


Bagi anda yang selalu pening kepala mencari mesin ATM yang sama dengan kad bank semata-mata nak elak caj RM1, ini ada berita paling gembira untuk anda.

Bermula 1 Julai 2026, semua bank di Malaysia akan memansuhkan sepenuhnya caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank di mesin ATM dan *Smart Recycler Machine* (SRM). Selepas ini, tiada lagi istilah ‘rugi RM1’ kalau anda terpaksa guna ATM bank lain!

Akses Lebih 14,000 Mesin ATM Tanpa Had

Keputusan besar ini diumumkan melalui satu kenyataan bersama oleh tiga persatuan perbankan utama negara iaitu Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM), serta Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM).

Inisiatif ini dijayakan dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), sekaligus membolehkan pemegang kad debit mengakses lebih 14,000 mesin ATM dan SRM di seluruh negara tanpa mengira bank pengeluar kad anda. Yang paling best,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version