Site icon Kool FM

Calpis Soda One In A Million Kembali Selepas 15 Tahun, Jom Sertai Sesi Uji Bakat Sekarang!


Tambah Santharuban, OIAM adalah sebuah platform yang bagus untuk mencungkil bakat luar biasa dimiliki penyanyi di luar sana.

Selain hadiah bernilai RM1 juta, pihaknya sedang bekerjasama dengan Media Prima untuk memastikan pemenang akan mendapat pendedahan yang tepat untuk memulakan kerjaya muzik mereka.

“Bersama TV3, kami juga merancang untuk melancarkan lagu kolaborasi dengan artis Indonesia, untuk melonjakkan kerjaya juara ke pasaran Indonesia. Kami fokus untuk membangunkan bakat baharu negara melangkaui Malaysia.

“Apa yang benar-benar luar biasa tentang One in A Million ialah ia bukan sekadar mengiktiraf juara, tetapi adalah platform melahirkan bakat luar biasa seperti Yuna sebagai contoh, iaitu artis yang telah memulakan perjalanan kerjaya beliau melalui pertandingan ini.

“Oleh itu, One In A Million bukan sahaja menjadi platform melonjakkan nama mereka yang menjuarai program ini, bahkan membuka jalan kepada artis baharu dan mengetengahkan ramai penyanyi dan pemuzik berjaya,”

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version