Malaysia merupakan negara yang bertuah kerana dikurniakan dengan pelbagai keindahan alam serta flora dan fauna yang menakjubkan. Jadi, tidak hairanlah menjadi perhatian warga tempatan, di samping turut menjadi destinasi pelancongan utama dunia.
Jadi, tidak hairanlah CN Travel baru—baru ini mengiktiraf kawasan pelancongan tanah tinggi negara, Cameron Highland sebagai salah satu daripada destinasi tercantik di dunia.
Artikel Berkaitan:

Senarai berkenaan diterbitkan oleh CN Travel pada 31 Oktober lepas. Menerusi perkongsian, mereka mengalami kesukaran untuk memilih hanya satu tempat yang indah kerana kepelbagaian diversiti yang ada di Malaysia.
“Namun begitu, (jika perlu membuat pilihan) Cameron Highland mungkin pemenangnya,” ujar CN Travel.
Tempat tarikan pelancong ini terletak di negeri Pahang dengan keluasan kira-kira 275.4 kilometer per segi.
“Di kawasan tanah tertinggi ini, anda menemui ladang teh terbesar di Malaysia. Landskap dengan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: