Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Can You Speak English?’ – Pelanggan Ditegur Tempah Makanan Guna Bahasa Melayu

today5 March 2025

Background
Bahasa Melayu


Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial berkongsi pengalamannya yang agak mengejutkan semasa makan di sebuah restoran di Kuala Lumpur apabila beliau telah ditegur oleh seorang pelayan restoran kerana memesan makanan dalam Bahasa Melayu.

Kejadian ini telah mencetuskan perbincangan di kalangan pengguna Threads tentang betapa pentingnya mengekalkan bahasa ibunda dalam kehidupan seharian, terutamanya di negara sendiri.

Ditegur Kerana Bercakap Bahasa Melayu

Dalam kisahnya, beliau telah memesan makanan dalam Bahasa Melayu, tetapi pelayan restoran tersebut memintanya bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan alasan tidak memahami pesanannya.

Bahasa Melayu
Gambar hiasan

“Can you speak English? I don’t understand you,” kata pelayan tersebut.

Kejadian ini membuatkan beliau terkejut dan tertanya-tanya, “Ni US ke Malaysia ni?”

Walaupun beliau menganggap bahawa pelayan tersebut mungkin baru di Malaysia dan belum fasih berbahasa Melayu, nada suara pelayan itu…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman


Previous post