Bayangkan anda sedang tekun menyiapkan rekaan grafik untuk sebuah kempen kesedaran. Anda menaip satu mesej ringkas, namun secara tiba-tiba sistem kecerdasan buatan (AI) memutuskan untuk campur tangan dan menukar perkataan tersebut tanpa kebenaran anda.
Terdengar janggal, bukan? Namun, itulah pengalaman mengejutkan yang dialami oleh beberapa pengguna platform rekaan grafik popular, Canva, baru-baru ini.

Insiden ini mula mendapat perhatian ramai apabila seorang pengguna platform X (dahulunya Twitter), @ros_ie9, memuat naik tangkap layar yang memaparkan kejanggalan pada fungsi AI baharu Canva, iaitu *Magic Layers*.
Dalam perkongsian tersebut, teks asal rekaannya yang tertulis “Cats for Palestine” telah diubah secara automatik oleh AI menjadi “Cats for Ukraine”.
Lebih menimbulkan tanda tanya, kejadian ini rupa-rupanya bukanlah kes terpencil. Ramai pengguna lain mendakwa mereka turut berjaya mencipta semula pepijat yang sama….
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: