
Penyanyi antarabangsa, Yuna meluahkan rasa syukur apabila muncul sebagai artis Malaysia pertama yang berjaya meraih lebih satu billion penstriman di platform muzik Spotify.
Artikel Berkaitan: Sejarah Tercipta! Yuna Penyanyi Malaysia Pertama Raih 1 Billion Penstriman Di Spotify
1billion strim


Yuna atau nama lengkapnya Yunalis Zarai, 40, mengakui tidak pernah menyasarkan angka tertentu sepanjang bergelar penyanyi kerana baginya sokongan peminat yang menghargai karyanya sudah cukup bermakna.
Alhamdulillah, saya sendiri tidak menyangka boleh memperoleh jumlah penstriman sehingga satu billion. Sejak awal bergelar penyanyi, saya tidak pernah sasarkan untuk capai angka sebegitu.
Bagi saya, berapa pun jumlah penstriman itu bukan perkara utama, asalkan orang masih mendengar dan menikmati lagu-lagu saya. Itu sudah membuatkan saya rasa sangat dihargai.
Malah ketika dimaklumkan mengenai pencapaian ini, saya sendiri tidak sedar. Saya tahu pun selepas peminat mula mengucapkan tahniah kepada saya….
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: