Site icon Kool FM

Capai keseimbangan pemulihan, kelestarian dalam Bajet 2022


PETALING JAYA – Pembentangan Bajet 2022 yang dijadualkan pada hari Jumaat, 29 Oktober ini diharapkan dapat mencapai keseimbangan dalam soal keperluan untuk memulihkan ekonomi dan usaha mencapai kelestarian pada masa depan.

Penganalisis Ekonomi dan Pensyarah Kanan Putra Business School, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, dua aspek ini dijangka menjadi fokus bajet kali ini, berdasarkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang telah diumumkan sebelum ini.

Jelas beliau, RMK-12 dilihat lebih jelas kerana turut memperincikan fokus, tema, pemangkin dasar dan pemacu perubahan berbanding hanya menyatakan tonggak pertumbuhan negara pada RMK sebelumnya.

“Sekiranya dilihat pada draf awal, RMK-12 telah menyentuh soal kelesta­rian dan kerana si­tuasi pandemik, kerajaan turut memfokuskan juga kepada u­saha pemulihan.

Gambar hiasan

“Berdasarkan peruntukan RM400 bilion untuk perbelanjaan pembangunan pada RMK-12, bajet 2022 mungkin akan lebih menumpukan kepada pembangunan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version