Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Famili

Cara Buat Jagung Cup Lemak Manis, Cukup Rasa & Sedap

today21 December 2023

Background
JAGUNG CUP


Kalau pergi pasar malam tak sah kalau tak beli jagung cup. Sebenarnya, kalau nak buat sendiri mudah sahaja dan lebih menjimatkan kerana tidak memerlukan bahan yang banyak.

Menerusi perkongsian Aisyah Humaira di laman Facebooknya, resepi jagung cup yang dikongsikan ini tidak perlu menggunakan pengukus. Jom cuba!

Baca juga: Cara Buat Sos Bawang Putih Paling Sedap & Sama Macam Dekat Kedai Arab

CARA BUAT JAGUNG CUP LEMAK MANIS, CUKUP RASA & SEDAP

JAGUNG CUP

Bahan-bahan: 

  • 1 paket jagung frozen
  • 1 tin krimer pekat manis
  • 3 sudu besar marjerin (lebihkan lagi sedap)
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Masukkan jagung ke dalam kuali dan sedikit air.

2. Tutup kuali dan biarkan sehingga jagung masak. Jika terlalu kering boleh tambahkan sedikit air.

3. Kemudian, masukkan susu pekat mengikut manis yang disukai. Sedikit garam dan majerin secukup rasa.

4. Nak lagi sedap boleh parutkan sedikitkan cheddar cheese dan taburkan di bahagian atas.

Sedia untuk dihidangkan. Buat…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Siti Aznm


Previous post

Ekonomi

Agihan pendapatan ASB 5.25 sen seunit

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (TK2023). 

today21 December 2023