Antara cara cerahkan kulit muka adalah dengan menggunakan mask asam jawa buatan sendiri seperti perkongsian Rubiey Redzuan di laman Facebooknya.
Bukan setakat boleh memutihkan tetapi ia juga berfungsi untuk memudarkan parut jerawat dan melembutkan kulit. Wah! Memang tak sangka.
Baca juga: Petua Kecantikan Kulit Guna Beras Macam Nenek Selalu Buat, Barulah Lawa!
CARA CERAHKAN KULIT MUKA GUNA MASK ASAM JAWA

Selepas pakai masker ni parut jerawat pudar, jerawat kecut dan muka cerah. Bila sentuh pipi memang lembut sangat! Guna dua bahan sahaja untuk dapatkan kulit cantik berseri.
Bahan-bahan:
- 1 sudu makan asam jawa
- 1 sudu makan tepung pulut/tepung beras
Cara penyediaan:
1. Bancuh asam jawa dengan sedikit air.
2. Kemudian buang biji asam jawa dan masukkan tepung pulut.
3. Kacau sehingga sebati.
4. Kalau nampak cair sangat tambah tepung pulut. Kalau pekat sangat tambah air.
5. Sapu dekat muka. Sebelum pakai baca bismillah dulu, ketika sapu selawatlah ke atas Nabi Muhammad…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: