Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Cari Duit Lebih Untuk Hari Raya, Dua Lelaki Ditahan Ketika Mahu Beli Nombor Ekor

today2 April 2023

Background


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah menahan dua lelaki termasuk warga emas ketika mahu membeli nombor ekor, di Masjid Tanah, semalam. Menurut kedua-dua lelaki itu, mereka mencuba nasib bagi mendapatkan duit lebih bagi perbelanjaan sambutan hari raya.

Artikel Berkaitan:

Kedua-duanya ditahan dalam operasi Perangi Jenayah Syariah (Perjasa) yang dijalankan di beberapa lokasi di negeri ini bermula 10 pagi hingga 2 petang, lapor Harian Metro.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, kedua-dua lelaki terbabit masing-masing berusia 52 dan 63 tahun berada di dalam premis menjual nombor ekor ketika pasukan penguatkuasa melakukan pemeriksaan.

“Ketika ditanya sama ada berpuasa atau tidak, mereka mengaku berpuasa dan kemudiannya kedua-dua lelaki itu diberikan surat perintah hadir ke pejabat JAIM.

“Tiada sebarang rampasan dibuat selain mereka ini nanti akan diambil dan dirakam keterangan bagi membolehkan siasatan dijalankan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post