Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

CAS Umum Tarikh Perbicaraan Kes FAM & Pemain Warisan

today30 January 2026

Background
Malaysia


Mahkamah Timbang Tara Sukan (Court of Arbitration for Sport, CAS) telah mengumumkan tarikh bagi perbicaraan berhubung hukuman Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan negara.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, CAS telah memaklumkan bahawa perbicaraan secara bersemuka bagi prosiding berikut akan berlangsung pada 26 Februari 2026.

Perbicaraan tersebut bakal diadakan di ibu pejabat CAS di Lausanne, Switzerland.

Prosiding melibatkan ‘pertikaian’ FAM dan kesemua pemain warisan menentang FIFA itu digabungkan dan akan didengar secara bersama.

Para pemain yang terlibat dalam rayuan ini sebelum ini telah dikenakan penggantungan selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak oleh FIFA pada 25 September 2025.

Bagaimanapun, pada 26 Januari lalu, CAS telah mengeluarkan langkah sementara (provisional measures) untuk menggantung pelaksanaan hukuman tersebut sehingga…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post