Usaha sama AmBank, RAMS Fintech pertingkat akses gaji kepada pekerja
AmBank Group telah memeterai kerjasama strategik dengan anak syarikat milik penuh Ramssol Group Bhd iaitu Rams Fintech Sdn. Bhd. (RAMS Fintech) bertujuan untuk menawarkan akses kepada gaji yang diperoleh (EWA) kepada pekerja melalui platform dalam talian Rams Fintech yang dikenali sebagai Pay Day Now (Platform).