QES bina fasiliti pengeluaran hijau RM40 juta di Batu Kawan
Syarikat semikonduktor, QES Group Berhad (QES) mengukuhkan komitmen terhadap amalan mampan dan inovasi dengan menubuhkan loji bernilai RM40 juta di Taman Perindustrian Batu Kawan, Pulau Pinang (QES 2@BKIP) yang memanfaatkan tenaga suria untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga elektrik konvensional.