Wanita atasi lelaki dalam pendidikan
Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI), yang mengenal pasti jurang antara wanita dan lelaki dalam empat sub-indeks merangkumi peluang dan penyertaan ekonomi, pencapaian pendidikan, kesihatan dan kehidupan, serta penguasaan politik menunjukkan purata skor 0.707 pada 2021, iaitu 0.7 mata peratus lebih rendah berbanding 0.714 pada 2020.