Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

4431 Results / Page 427 of 493

Ekonomi

Himaya H99 beri perlindungan dengan corak lebih elegan

PETALING JAYA – Anggun Kirana Sdn. Bhd. (Anggun Kirana) pengeluar pelitup muka berjenama Himaya, akan terus membuat kajian dan pembangunan bagi menghasilkan pelitup muka berkualiti tinggi bagi memberi perlindungan maksimum kepada pelanggan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk KK Chua berkata, bagi mengekang penularan varian baharu, syarikat berkeyakinan terhadap pelitup muka terbaharunya jenis H99 kerana dapat membantu memberi perlindu­ngan sehingga 99 peratus. Menurut beliau, Himaya H99 direka khas bersama jalur logam dengan […]

today8 February 2022

Ekonomi

Jualan Proton berkurangan bulan Januari 

PETALING JAYA –  Proton Holdings Berhad (Proton) mencatat jualan yang berkurangan pada bulan Januari lalu sebanyak 25.3 peratus kepada 4,453 unit berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya dengan anggaran pegangan pasaran domestik sebanyak 11.3 peratus. Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, pengurangan jualan ini adalah kerana kekurangan stok yang tersedia. Menurutnya, walaupun kilang pengeluaran Proton di Shah Alam dan Tanjung Malim tidak terjejas akibat banjir pada bulan Disember, […]

today7 February 2022

Ekonomi

Nurraysa lahir 182,000 usahawan dari rumah

PETALING JAYA – Sejak ditubuhkan pada tahun 2014, syarikat kosmetik dan kecantikan, Nurraysa Global Sdn Bhd rancak mengukuhkan nama serta menghargai usahawannya terutama di kalangan suri rumah dan wanita. Sebelum pandemik Covid-19, syarikat yang ditunjangi wanita berpurdah, Nur Aini Zolkepeli ini pernah menganjurkan Nurraysa Excellence Awards pada 2019 bagi menghargai usahawan yang menjadi nadi kekuatan legasi jenama itu. Selepas dua tahun virus itu menyerang dan masih dilihat memberi ancaman, jenama […]

today7 February 2022

Ekonomi

Sasar jualan 1 juta tub Chocoalbab sebulan

PETALING JAYA – Syarikat CLA Empire Sdn. Bhd., menerusi produk tub makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin, Chocoalbab optimis untuk terus terbang tinggi menerusi pelantikan penyanyi Khai Bahar sebagai duta. Dilancarkan April tahun lalu, jenama dengan ‘tagline’ Hidup Biarlah Sedap itu sejak bulan pertama berjaya mencipta rekod sebanyak 50,000 tub berjaya terjual. Pengasasnya, Said Saiful Fazli berkata, dia kini mensasarkan jualan sebanyak satu juta tub dalam tempoh sebulan selain dieksport […]

today7 February 2022

Ekonomi

Rubama pakar jam tangan mewah

SHAH ALAM – Wanita sering dikaitkan dengan beg tangan serta jam tangan kerana ia dianggap sebagai satu lambang kecantikan, keperibadian diri dan juga status kemewahan seseorang. Ada yang sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk memiliki­nya sama ada berkunjung untuk membeli sendiri di butik atau memesan dari platform e-dagang atau menggunakan khidmat personnel shopper untuk mendapatkan produk tulen di luar negara. Tidak kira jam atau beg tangan mewah itu baru dibeli atau […]

today7 February 2022

Ekonomi

Hibah TH 2021 kekal mencabar

PETALING JAYA – Para pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) mungkin tidak sepatutnya mengharapkan kadar hibah yang tinggi untuk tahun 2021, memandang­kan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh badan pelaburan, pe­nerimaan deposit dan pengurusan haji itu sepanjang tahun lalu. Timbalan Presiden Gerakan Keadilan Monetari Malaysia, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, beliau melihat kadar hibah yang bakal diumumkan TH adalah 3.1 peratus, sama seperti tahun sebelum­nya, dengan pandangan lebih optimis […]

today4 February 2022

Ekonomi

Straits teroka landskap digital 5G

PETALING JAYA – Syarikat peneraju bunker minyak terkemuka negara, Straits Energy Resources Berhad (Straits) mengukuhkan kehadirannya dalam landskap 5G dengan melantik pakar telekomunikasi, Sunny Ho Khin Choy untuk menerajui anak syarikat tidak langsungnya, Straits CommNet Solutions Sdn. Bhd sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Khin Choy, yang sebelum ini pernah mengetuai pelbagai bahagian penting dalam Digital Nasional Berhad, Edotco, Nokia Malaysia dan Ascom akan memimpin usaha Straits ke dalam ruang digital yang […]

today4 February 2022

Ekonomi

GVT sasar 1,500 van, bas elektrik dijual tahun ini

PETALING JAYA – Industri automatif negara terus berkembang pesat dan bersaing hebat dengan syarikat pesaing tempatan serta antarabangsa. GVT atau Gurun Vehicle Technologies Sdn Bhd yang dulunya dikenali sebagai GO EV Solution Sdn Bhd juga tidak terkecuali merancang strategi mengukuhkan legasi dan jenamanya. Selepas tiga tahun, jenama 100 peratus milik bumiputera di bawah subsidiari syarikat Go Auto Group itu antara yang terus mendominasi pasaran kenderaan elektrik dan konvensional sama ada […]

today4 February 2022

Ekonomi

Sobella sasar lebih ramai wanita jadi jutawan lipmatte

PETALING JAYA – Syarikat kosmetik Sobella meraikan tulang belakang empayar perniagaannya menerusi majlis Victory & Glory Appreciation Day berlangsung pada 31 Januari lalu di GlassHouse, Seputeh di ibu kota. Selepas hampir enam tahun meneroka pasaran kosmetik, tekstil dan produk kecantikan khusus untuk wanita, jenama yang ditunjangi Wan Nur Syuhada Wan Norzie, 31, ini turut berjaya menarik ramai kaum hawa menjana pendapatan. Pada acara berkenaan, sekumpulan top leader jenama itu yang […]

today3 February 2022