Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

4431 Results / Page 432 of 493

Ekonomi

Watsons hasilkan filem sempena Tahun Baharu Cina

PETALING JAYA – Watsons mengalu-alukan sambutan Tahun Baru dengan tema pe­rayaan #HappyBeautifulYear serta mengeluarkan filem Tahun Baharu Cina bertajuk Watsons: The Grandest #HappyBeautifulYear 2022 yang membawakan kepada konsep perpaduan, kasih sayang dan keterujaan. Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, filem itu menonjolkan semangat perpaduan dan kerja berpasukan dalam kalangan ahli ke­luarga yang sedang membuat persiapan menyambut Tahun Baharu Cina serta menampilkan variasi seni mempertahankan diri yang berbeza. Menurutnya, filem […]

today20 January 2022

Ekonomi

Proton pengimport, pengedar kenderaan smart

PETALING JAYA – Pengeluar kereta nasional, Proton menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) dengan smart Automobile Company (smart), untuk bekerjasama memperkenalkan kenderaan tenaga baharu (NEV) keluaran smart dalam pasaran automotif ASEAN. Perjanjian itu menyaksikan Proton Edar dilantik sebagai pengimport, pengedar dan wakil jualan untuk smart di Malaysia dan Thailand, manakala anak syarikat milik penuh smat, smart Automobile (Nanning) Sales Co. Ltd. memainkan peranan sebagai pintu masuk untuk smart ke rantau ini. Majlis […]

today19 January 2022

Ekonomi

Pelancong ke Sarawak naik lima kali ganda

PETALING JAYA – Jumlah ketibaan domestik ke Sarawak pada Disember lalu merekodkan peningkatan sebanyak 562 peratus berbanding Disember 2020, menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Jelasnya, pihaknya turut mengharapkan lonjakan yang hampir sama dalam tempoh masa terdekat, iaitu bagi bulan Januari dan Februari tahun ini. “Bermula 14 Januari, jumlah penerbangan ke Sarawak telah meningkat kepada 562 penerbangan seminggu, berbanding hanya 307 […]

today19 January 2022

Ekonomi

Harqis Empire sasar jualan cecah RM25 juta tahun 2022

PUTRAJAYA – Harqis Empire mengunjurkan jualan pada tahun ini bertambah kepada RM25 juta berbanding RM16 juta yang direkodkan pada tahun sebelumnya. Pengasas syarikat, Nur Saidatul Akma Jamaruddin berkata, peningkatan ini disumbangkan oleh pelbagai promosi agresif mengenai syarikat dan produk, selain fokus dalam platform pemasaran di media sosial, digital serta elektronik. Pengasas syarikat, Nur Saidatul Akma Jamaruddin berkata, keyakinan untuk mencapai misi jualan tersebut diasaskan kepada rangkaian pengedarannya yang semakin kukuh, […]

today19 January 2022

Ekonomi

Sidec bantu peralihan PKS ke arah digital

PETALING JAYA – Perbadanan Teknologi Maklumat & Ekonomi Digital Selangor (Sidec), telah mengagihkan dana sebanyak RM5 juta kepada 1,048 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui Geran Padanan Digita­lisasi PKS Selangor. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yong Kai Ping berkata, melalui dana tersebut, PKS boleh memperoleh geran padanan sehingga RM5,000 untuk menggalakkan mereka mengambil langkah pertama dalam mendigitalkan perniagaan masing-masing. Menurut beliau, pada bulan Oktober lalu, sebanyak 1,047 PKS telah berjaya mendigitalkan perniagaan […]

today19 January 2022

Ekonomi

Sarung tangan penyumbang utama hasil Iconic

PETALING JAYA – Iconic Worldwide Berhad (Iconic) mengunjurkan sumbangan daripada segmen sarung tangan bakal menjadi penyumbang utama sehingga 80 peratus kepada hasil Kumpulan manakala bakinya daripada segmen pelitup muka. Pengarah Eksekutifnya, James Tan berkata, jumlah ini bakal dicapai selepas 12 barisan celupan sarung tangan berganda mula beroperasi menjelang bulan Mac tahun ini berbanding enam barisan sebelum ini. Kilang tersebut turut memiliki 20 barisan pengeluaran pelitup muka perubatan yang difokuskan untuk […]

today19 January 2022

Ekonomi

Kedai emas MGD perluas outlet baharu di Mydin Seremban 2

SEREMBAN – Syarikat barang kemas antarabangsa, Malabar Gold & Diamonds (MGD) meluaskan perniagaannya di negara ini dengan pembukaan cawangan baharunya di pusat beli-belah Mydin Seremban 2 di sini. Ketua Jenama MGD, Nijeesh Parayil berkata, pembukaan outlet tersebut merupakan ca­wangan kelimanya di Malaysia sejajar dengan perancangan syarikat untuk meluaskan jenama tersebut di Negeri Sembilan. Menurut beliau, MGD yang berpangkalan di Kerala, India kini mempunyai lebih 260 cawangan di 10 buah negara […]

today18 January 2022

Ekonomi

Hibah sumbang 65% kepada pendapatan Wasiyyah

PETALING JAYA – Wasiyyah Shoppe Berhad (Wasiyyah) mencatat pertumbuhan positif dalam keputusan kewangannya bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2021 dengan pendapatannya bertambah sebanyak 61 peratus kepada RM20.3 juta berbanding RM12.4 juta tahun kewangan sebelumnya. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ariffin Sabirin berkata, pendapatan sebelum cukai juga menokok sebanyak 217 peratus kepada RM3.03 juta berbanding RM954,682 tempoh yang sama sebelumnya. Menurut beliau, sebagai pe­lopor kaedah hibah dan ­penyedia hibah terbanyak di Malaysia, […]

today18 January 2022

Ekonomi

Stor Guardian ke-500 tanpa lantai, dinding

PETALING JAYA – Rangkaian kedai runcit farmaseutikal, Guar­dian Malaysia merekodkan satu lagi pencapaian utama menerusi pelancaran rangkaiannya yang ke-500 baru-baru ini. Apa yang menarik, stor ber­kenaan tidak berlantai, tidak berdinding dan beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.Pengarah Komersial & E-Dagang Serantau, DFI Retail Group Asia Tenggara, Kim Tae Hoon berkata, stor ke-500 Guardian Malaysia adalah aplikasi mudah alih baharu Guardian yang menawarkan pelbagai kemudahan termasuk tawaran eksklusif dan penghantaran […]

today18 January 2022