Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

4449 Results / Page 464 of 495

Ekonomi

Perlu pertimbang kriteria baharu pembiayaan PKS

PETALING JAYA – Kerajaan dan institusi kewangan disaran mempertimbangkan pengenalan syarat-syarat baharu yang lebih relevan bagi meluluskan bantuan pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam suasana ekonomi luar biasa kini. Pengarah dan Pengasas Bersama Orpheous Capital Sdn. Bhd., Muhammad Hamudi Abdul Khalid berkata, antara kriteria yang boleh dilihat adalah prestasi perniagaan sebelum pandemik. Jelasnya, ketika kadar vaksinasi populasi dewasa negara telah mencapai 90 peratus dan pelbagai sektor ekonomi mula […]

today14 October 2021

Ekonomi

Capai keseimbangan pemulihan, kelestarian dalam Bajet 2022

PETALING JAYA – Pembentangan Bajet 2022 yang dijadualkan pada hari Jumaat, 29 Oktober ini diharapkan dapat mencapai keseimbangan dalam soal keperluan untuk memulihkan ekonomi dan usaha mencapai kelestarian pada masa depan. Penganalisis Ekonomi dan Pensyarah Kanan Putra Business School, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, dua aspek ini dijangka menjadi fokus bajet kali ini, berdasarkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang telah diumumkan sebelum ini. Jelas beliau, RMK-12 dilihat […]

today13 October 2021

Ekonomi

Pelanggan bertuah MR D.I.Y. menang Proton X50

PETALING JAYA – Seorang kakitangan khidmat pelanggan, Syed Muhd. Tirmizi, 27, tidak pernah menyangka penyertaan tunggal yang dihantarnya untuk pe­raduan MR D.I.Y. x P&G Buy & Win 2.0 baru-baru ini telah berjaya memberi tuah sekali gus membo­lehkan dia membawa pulang ha­diah utama sebuah Proton X50. Warga Kuching, Sarawak itu berkata, ini merupakan kali pertama dia memenangi peraduan sepanjang hidupnya. “Saya sudah pun memiliki kenderaan sendiri, jadi hadiah ini akan diberikan […]

today13 October 2021

Ekonomi

DesaMall@KPLB bakal tawar 400 produk usahawan desa

SEBERANG PERAI – Cawangan terbaharu DesaMall yang bakal dibuka di Pulau Pinang akhir tahun ini bakal menawarkan kira-kira 400 jenis produk hasil keluaran usahawan desa. Premis yang bertempat di Simpang Empat Permatang Bu­luh, Sungai Dua di sini akan dikendalikan oleh Koperasi Perda (Koperda), manakala kafe yang akan dibuka bersebelahan outlet tersebut diuruskan oleh sebuah syarikat bumiputera, Al-Haddad Mart Sdn. Bhd. Ketua Pegawai Eksekutif E-Lokal Sdn. Bhd. (E-Lokal), Ahmad Shah Wahid […]

today13 October 2021

Ekonomi

PIDM anugerahkan biasiswa kepada 20 siswazah

PETALING JAYA – Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) telah menganugerahkan biasiswa kepada 20 siswazah daripada pelbagai jurusan di bawah Program Biasiswa Sarjana Muda PIDM. Sejak tahun 2010, PIDM telah menawarkan sebanyak 184 biasiswa sejak program ini diper­kenalkan pada tahun 2010. Ketua Pegawai Eksekutif PIDM, Rafiz Azuan Abdullah berkata, pihaknya akan terus menyokong keperluan pendidikan tinggi anak-anak muda yang memerlukan bantuan kewangan. “Seperti orang lain, pandemik ini telah menjejaskan kehidupan pelajar […]

today13 October 2021

Ekonomi

TNB bayar zakat perniagaan RM5.52 juta

PETALING JAYA – Pusat Pu­ngutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah menerima bayaran zakat perniagaan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak RM5.52 juta. Pelaksanaan zakat perniagaan TNB telah bermula sejak tahun 1997 dan ini merupakan ke­sinambungan pembayaran zakat kali ke-23 dilaksanakan dengan jumlah keseluruhan bayaran zakat sebanyak RM68,79 juta. Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, terdapat banyak kelebihan me­nunaikan zakat di pusat pu­ngutan tersebut dan salah satunya […]

today13 October 2021

Ekonomi

MAB, SEGi perkasa bakat industri penerbangan

PETALING JAYA – Malaysia Airlines Berhad (MAB) menandatangani perjanjian dengan SEG International Group Sdn. Bhd. (SEGi) semalam bagi membangunkan serta memperkasa tenaga kerja dalam industri penerbangan. Kerjasama tersebut melibatkan program penempatan latihan industri, penganjuran lawatan industri dan acara, pembangunan agenda akademik yang menerapkan modul pembelajaran hasil pertukaran pengetahuan, kajian dan pembangunan produk serta aktiviti promosi dan pemasaran yang dilakukan secara bersama. Menerusi memorandum persefahaman yang ditandatangani, penuntut SEGi beroleh manfaat […]

today12 October 2021

Ekonomi

PTP terima kunjungan kapal kontena terbesar dunia

PETALING JAYA – Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), anggota Kumpulan MMC, menjadi pelabuhan pertama di rantau Asia Tenggara untuk menerima kehadiran salah satu daripada kapal kontena terbesar dunia, Ever Ace milik Evergreen Marine Corporation. Ever Ace dengan panjang hampir 400 meter dan lebar 61.5 meter mampu belayar pada kelajuan sehingga 22.6 knot itu memiliki kapasiti 23,992 unit bersamaan 20 kaki (TEU). Kapal tersebut sebelum ini berlabuh di Colombo, Sri Lanka sedang melaksanakan […]

today12 October 2021

Ekonomi

Permintaan untuk penerbangan domestik melonjak

PETALING JAYA – Permintaan untuk penerbangan domestik daripada rakyat selepas hampir setahun tidak dibenarkan merentas negeri kembali melonjak dengan ketara mulai semalam. Aplikasi SuperApp AirAsia menyaksikan pertumbuhan trafik melebihi 140 peratus selepas pengumuman pembukaan sempadan oleh Perdana Menteri kelmarin, dengan destinasi pa­ling popular adalah Kuala Lumpur, Langkawi, Kota Kinabalu, Kuching, Kota Bharu dan Pulau Pinang. Menurut AirAsia, sebagai permulaan, pihaknya akan mengendalikan 61 penerbangan harian ke 16 destinasi domestik terma­suk […]

today12 October 2021