Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

4449 Results / Page 467 of 495

Ekonomi

Sunway labur RM160 juta buka Hotel Big Box

PETALING JAYA – Bersempena transisi Johor kepada fasa sete­rusnya dalam Pelan Pemulihan Negara, Sunway mengumumkan pelancaran Sunway Hotel Big Box bernilai RM160 juta di Sunway City Iskandar Puteri secara berperingkat bermula 1 Oktober. Hotel dengan 284 bilik yang terletak dalam kawasan seluas 323 hektar serta dikeli­lingi kawasan hutan paya bakau itu memiliki kemudahan hospitaliti, runcit, pendidikan dan juga elemen kesihatan. Projek tersebut mudah diakses dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Terminal […]

today5 October 2021

Ekonomi

Geran SIM beri manfaat kepada 31,500 orang

PETALING JAYA – Agihan Geran Padanan Impak Sosial (SIM) bernilai RM10 juta di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) kepada 63 perusahaan sosial dalam tempoh setahun lalu dianggarkan memberi manfaat kepada 31,500 golongan sasar. Geran SIM bertujuan membantu komuniti membina semula kehidupan menerusi perusahaan sosial dalam lima bidang impak iaitu perlindungan alam sekitar, keselamatan makanan, kesihatan & kesejahteraan sosial, kehidupan komuniti dan pemeliharaan warisan. Ia disalurkan kepada pe­nerima manfaat […]

today5 October 2021

Ekonomi

Teknologi, inovasi baharu berjaya kurangkan kadar merokok

PETALING JAYA – Peralihan kepada teknologi bebas asap rokok, peningkatan teknologi baharu dan inovasi dengan mengurangkan pendedahan kepada karsinogen selain sistem perundangan yang lebih ketat adalah antara faktor penyebab kepada kadar merokok dalam kalangan populasi dewasa menurun. Melalui satu siri webinar sains serantau yang menghimpunkan beberapa pakar dalam bidang berkaitan kesihatan, pertumbuhan dan saintifik daripada beberapa syarikat utama telah memperincikan beberapa pendekatan dan faktor serta kejayaan Jepun sebagai contoh negara […]

today4 October 2021

Ekonomi

Niat melancong melonjak naik – Kosmo Digital

PETALING JAYA – Keinginan untuk melancong dalam kalangan rakyat Malaysia terus melonjak dan ia diperlihatkan menerusi kajian sentimen pengguna serta data carian internet berhubung destinasi pelancongan popular dalam negara. Menurut platform perkongsian dan sewaan penginapan Airbnb, carian perjalanan di Airbnb ke Langkawi telah me­lonjak melebihi 13 kali ganda bulan ke bulan pada minggu 13 September, sewaktu gelembung pelancongan ke pulau peranginan itu mula-mula dilancarkan. Pada tempoh yang sama, ca­rian untuk […]

today4 October 2021

Ekonomi

Gardenia hulur bantuan Covid-19 RM1 juta

PETALING JAYA – Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. (Gardenia KL) telah menghulurkan bantuan berjumlah RM1 juta menerusi Program Bantuan Covid-19 Gardenia yang memberi manfaat kepada 90,000 penerima terdiri daripada petugas barisan hadapan dan komuniti kurang mampu. Program tersebut meliputi lapan fasa yang dilaksanakan dari Mac 2020 hingga Ogos 2021 melibatkan agihan lebih 500,000 produk Gardenia kepada petugas barisan hadapan perubatan di 500 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh Semenanjung, petugas […]

today1 October 2021

Ekonomi

MR D.I.Y. buka 35 cawangan baharu

PETALING JAYA – Peruncit perkakas rumah kegemaran ramai, MR D.I.Y. Group bakal melancarkan 35 cawangan baharu di tujuh negeri bulan ini, menjadikan jumlah keseluruhan cawangan milik kumpulan tersebut seba­nyak 830 buah di seluruh negara. Cawangan baharu itu terdiri daripada 14 cawangan MR. D.I.Y., tiga cawangan MR. D.I.Y. Express, enam cawangan MR. TOY dan 12 cawangan MR. DOLLAR. Naib Presiden Pemasaran MR D.I.Y. Group (M) Berhad, Andy Chin berkata, pihaknya komited […]

today1 October 2021

Ekonomi

BDB bangun rumah mampu milik RM550 juta

PETALING JAYA – Syarikat usaha sama antara BDB Land Sdn. Bhd. (BDB Land) dan LPB Development Sdn. Bhd., BDB Lagenda Sdn. Bhd. (BDB Lagenda) bakal membangunkan perbandaran mampu milik yang dinamakan sebagai Darulaman Lagenda seluas 93 hektar di Sungai Petani dengan nilai pembangunan kasar RM550 juta. Fasa pertama projek berkenaan melibatkan pembangunan seluas 11 hektar dengan penyediaan sebanyak 282 unit rumah setingkat dengan anggaran harga jualan antara RM180,000 dan RM250,000.  […]

today1 October 2021

Ekonomi

Agihan RM650 juta untuk ASM 3, ASN Equity 5, ASN Sara 2

PETALING JAYA – Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), mengumumkan agihan pendapatan berjumlah RM650.73 juta untuk dana harga tetap, Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) dan dana harga berubah, ASN Equity 5 dan ASN Sara 2 bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2021. ASM 3 mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM593.04 juta yang memanfaatkan 525,038 pemegang unit. Pulangan sebanyak 4 sen […]

today30 September 2021

Ekonomi

Agrobank umum hala tuju 5 tahun

PETALING JAYA – Agrobank sedia untuk memacu pelan pemulihan sosio-ekonomi dan pertumbuhan negara dalam sektor pertanian serta jaminan bekalan makanan menerusi pelan strategik lima tahunnya, SBP 2021-2025. Penanggung Tugas Pre­siden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Khadijah Iskandar berkata, pertanian kekal sebagai salah satu daripada enjin utama pertumbuhan negara daripada perspektif ekonomi dan pembangunan sosial. “Adalah menjadi mandat kami sejak penubuhan Agrobank pada tahun 1969 untuk menyokong kerajaan membangunkan sektor pertanian dan kami […]

today30 September 2021