Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Famili

7348 Results / Page 14 of 817

Famili

Pasport Malaysia Kini Di Tangga Ke-3 Dunia, Boleh Akses Tanpa Visa Ke 174 Negara!

Pasport Malaysia kini secara rasmi berada di tangga ketiga dunia dalam Ranking Pasport Index 2025, satu penanda aras global yang menilai kekuatan dan kebolehcapaian pasport setiap negara di dunia. Menurut kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di laman sosial rasmi, pencapaian ini mencerminkan tahap kepercayaan dan pengiktirafan antarabangsa terhadap keselamatan serta keutuhan dokumen perjalanan Malaysia yang diiktiraf di peringkat global. Baca juga: Mak Dulu Tak Sekolah Tinggi Tapi Didik 8 Perkara Penting Ini Pada Anak Dara, Ajaran Bernilai Sepanjang Hayat TERKINI […]

today6 November 2025

Famili

Minuman Dark Chocolate Bantu Tingkatkan Fokus & Prestasi Anak Ketika Musim Peperiksaan

Menjelang musim peperiksaan, ramai ibu bapa mula mencari cara untuk membantu anak-anak kekal fokus dan tenang ketika belajar. Antara pilihan yang disarankan oleh pakar kesihatan otak, Dr. Rizal Abu Bakar, adalah minuman dark chocolate. Menurutnya, minuman dark chocolate ini mampu meningkatkan aliran darah ke otak, mengurangkan tekanan, serta membantu prestasi mental anak semasa menghadapi peperiksaan. Baca juga: Fenomena Baharu Di SJKC, Ramai Murid Melayu Daftar Tapi Pelajar Cina Makin Berkurang MINUMAN DARK CHOCOLATE TINGAKTKAN FOKUS ANAK KETIKA PEPERIKSAAN Freepik Dalam […]

today6 November 2025

Famili

“Dulu Saya Tidur Je”- Rider Nekad Ulang SPM Lepas 5 Tahun Kerja Hantar Makanan, Netizen Pun Sokong!

Seorang penghantar makanan di Malaysia meraih perhatian ramai selepas berkongsi kisah akan mengambil peperiksaan SPM ulangan atau SPMU kerana menyesal ambil mudah dalam hal pelajaran ketika zaman sekolah dahulu. Dalam perkongsian jujurnya di media sosial, lelaki muda itu menceritakan bagaimana lima tahun hidupnya dihabiskan berpindah-randah antara platform penghantaran makanan sebelum akhirnya menyedari betapa berbezanya hidup jika dahulu dia lebih fokus semasa SPM. Baca juga: [TERKINI] Jadual Lengkap Peperiksaan SPM 2025 Untuk Rujukan Calon Pelajar & Ibu Bapa PENGHANTAR MAKANAN MENYESAL […]

today6 November 2025

Famili

Bayi Baru 30 Hari Ikut Pergi Konvo, Raikan Kejayaan Ibunya Rangkul 2 Anugerah Tertinggi UniSZA!

Keazaman seorang ibu muda yang baru melahirkan anak untuk hadir ke majlis konvokesyen membuahkan hasil membanggakan, apabila Nurshafikah Abd Manaf, 26, dinobatkan sebagai penerima dua anugerah tertinggi di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) atas kecemerlangannya sepanjang pengajian. Graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Risiko dan Takaful) itu berjaya meraih Anugerah Terbaik Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (Pingat Al-Khawarizmi) serta Anugerah Khas Kecemerlangan Industri sempena Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-17 yang berlangsung Selasa lalu. Baca juga: Pemain Catur Muda Malaysia Juara […]

today6 November 2025

Famili

Suami Isteri Dera Anak Guna Pemetik Api & Air Panas, Berang Kerana Pensil Warna Hilang!

Sepasang suami isteri ditahan pihak polis selepas disyaki dera anak angkat lelaki mereka yang berusia sembilan tahun dengan mencucuh menggunakan pemetik api dan merendam tangan mangsa ke dalam air panas hanya kerana kehilangan pensil warna. Menurut sumber, kejadian itu terbongkar pada 30 Oktober lalu apabila abang kepada suspek lelaki berkunjung ke rumah pasangan berkenaan di Batu Berendam dan menyedari terdapat kesan melecur pada jari kanan serta parut lama di kaki kanak-kanak tersebut. Baca juga: Jam 9.19PM Ini Langit Malaysia Diterangi […]

today6 November 2025

Famili

KPM Perkenal Kaedah ‘Co-Teaching’ Mulai 2027, Dua Guru Ajar Dalam Satu Kelas Supaya Lebih Kreatif

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bakal memperkenalkan pendekatan baharu dalam dunia pendidikan negara menerusi Kurikulum Persekolahan 2027, dengan memperkenalkan kaedah pengajaran berpasukan atau co-teaching, iaitu dua guru mengajar dalam satu kelas secara serentak. Langkah ini dilihat mampu meningkatkan keberkesanan pembelajaran, menjadikan sesi di bilik darjah lebih menyeronokkan dan interaktif, selain membantu pelajar memberi tumpuan dengan lebih baik. Baca juga: “Cikgu Pun Ada Hati”- Kertas Peperiksaan English Pelajar Dapat Markah 0%, Cikgu Menangis Di Luar Kelas Kurikulum Persekolahan 2027: Dua Guru, Satu […]

today6 November 2025

Famili

Pemain Catur Muda Malaysia Juara Di Kejohanan Catur Sekolah-Sekolah Asia Ke-19, Tewaskan Peserta 16 Negara!

Pemain catur muda berbakat Malaysia, Genivan Genkeswaran, 16, mencipta sejarah tersendiri apabila muncul juara dalam Kejohanan Catur Sekolah-Sekolah Asia ke-19 2025 yang berlangsung di Ulaanbaatar, Mongolia. Remaja pintar ini berjaya menewaskan peserta dari 16 negara termasuk Australia, China, Rusia, India, Indonesia, Korea, Singapura dan Vietnam dalam kategori Terbuka bawah 17 tahun. Sekali gus, mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa. Baca juga: Kekurangan Tak Halang Zulfaqar Aslam Genggam Ijazah, Pempengaruh OKU Ini Kini Bergelar Graduan UniSZA PEMAIN CATUR MALAYSIA RAIH TEMPAT […]

today5 November 2025

Famili

Mak Dulu Tak Sekolah Tinggi Tapi Didik 8 Perkara Penting Ini Pada Anak Dara, Ajaran Bernilai Sepanjang Hayat

Perkongsian oleh Rashida Mohd Ghazali ini memang menyentuh nostalgia ramai. Dulu masa kecil, kita rasa semua benda mak suruh itu menyusahkan. Tapi bila dah besar, baru nampak semua ajaran mak dulu pada anak dara ada sebabnya. Ia bukan sekadar suruhan, tapi latihan hidup. Dari cara bangun pagi sampai urus diri, semuanya membentuk siapa kita hari ini. Baca juga: Tular Wanita SLE Tolong Jaga Makcik Katil Sebelah Dijemput Ilahi, Selang Sehari Makcik Itu Turut Pergi… 8 AJARAN MAK DULU-DULU PADA ANAK […]

today5 November 2025

Famili

Fenomena Baharu Di SJKC, Ramai Murid Melayu Daftar Tapi Pelajar Cina Makin Berkurang

Tular di media sosial, sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dilaporkan bakal menerima seramai 25 orang murid Melayu di peringkat pra sekolah, satu angka yang cukup besar hingga boleh membentuk satu kelas penuh. Menariknya, tiada murid India yang mendaftar pada tahun tersebut. Situasi ini bukan lagi perkara luar biasa di banyak SJKC di Malaysia. Malah, trend kemasukan murid Melayu ke sekolah Cina dilihat semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Baca juga: Senarai Penuh Kamera AwAS Tahun 2025, Jangan ‘Drive’ […]

today5 November 2025