Panduan Lengkap Solat Sunat Nikah Setelah Sah Jadi Suami Isteri, Pengantin Disarankan Buat Amalan Ini!
Solat sunat selepas nikah atau solat sunat nikah ialah solat dua rakaat yang dilakukan sebagai tanda syukur kepada Allah kerana mengurniakan pasangan hidup. Para ulama berpendapat bahawa pasangan yang baru berkahwin digalakkan (sunat) menunaikan solat ini secara berjemaah sebelum bersama, dengan syarat isteri berada dalam keadaan suci. Selepas selesai akad nikah, terutamanya pengantin lelaki disunatkan mengerjakan solat ini. Dalam kitab Fatawa Nur ‘ala al-Darb oleh Syeikh Ibn Baz, disebut bahawa terdapat beberapa riwayat sahabat yang menunjukkan solat dua rakaat sebelum […]