Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Cawangan MR. D.I.Y. ke-800 di Bukit Jalil

today28 January 2022

Background


PETALING JAYA – Komuniti di Bukit Jalil dan kawasan berdekatan kini beroleh akses barangan keperluan pada harga rendah menerusi pembukaan cawangan ke-800 MR. D.I.Y. di pusat beli-belah terbaharu, Pavilion Bukit Jalil.

Cawangan terbaharu berkeluasan 18,000 kaki persegi (1,672 meter persegi) itu menawarkan kira-kira 18,000 produk merentas lima kategori utama iaitu perkakasan, kediaman dan kemasan rumah, peralatan elektrik, alat tulis serta peralatan sukan.

Rangkaian itu juga mengete­ngahkan konsep kedai-dalam-kedai untuk turut menempatkan premis MR. TOY yang menawarkan pelbagai permainan berkua­liti pada harga mampu milik.

Ketua Pemasaran MR. D.I.Y., Alex Goh berkata, pembukaan cawangan ke-800 merupakan satu pencapaian penting buat kumpulan, selepas 17 tahun pembukaan kedai pertama MR. D.I.Y. di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 2005.

“Kejayaan ini adalah hasil sokongan seluruh rakyat Malaysia daripada semua latar belakang, selain 11,000 kakitangan kami seluruh…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post