PETALING JAYA – Senheng melancarkan cawangan perdana pertamanya, iaitu Grand Senheng Elite di SS2, dekat sini yang menawarkan pengalaman membeli-belah berbeza buat pelanggan.
Melalui keluasan 14,000 kaki persegi (1,300 meter persegi), Grand Senheng Elite membawakan konsep ‘kedai dalam kedai,’ memberi peluang kepada pengunjung untuk mencuba sendiri semua barangan yang ditawarkan dari pelbagai jenama.
Presiden Senheng Electric (KL) Sdn. Bhd., Lim Kim Chieng berkata, syarikat kini memiliki 104 cawangan di seluruh negara dan merancang untuk membuka kira-kira 15 cawangan fizikal baharu tahun hadapan.
Jelasnya, dalam era digital sekarang, saluran jualan secara online dan offline perlu bergerak seiringan.
“Pelanggan memang suka mengimbas barang yang diingini secara online, namun apabila mahu membuat pembelian, mereka tetap hadir ke kedai fizikal untuk melihat sendiri terutamanya bagi peralatan berharga mahal dan digunakan seisi keluarga seperti televisyen atau peti…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: