Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

CBP bakal terbit sukuk RM5 bilion

today6 September 2024

Background


PETALING JAYA – Co-opbank Pertama (CBP) akan menerbitkan program Structured Covered Sukuk bernilai RM5 bilion sebagai salah satu usahanya untuk mempelbagaikan sumber pendanaan bagi tujuan pembiayaan aset dan menyokong operasi keseluruhan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, langkah berkenaan merupakan salah satu strategi CBP untuk memastikan kos kewangan yang stabil dan konsisten.

“Penerbitan sukuk masih dalam proses dan perlu mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) selaku pengawal selia CBP serta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, CBP menerima penarafan FI Rating A3/Stable/P2 daripada RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings), yang secara tidak langsung dapat meyakinkan pelabur berpotensi terhadap kekuatan profil CBP serta membuka peluang kepada CBP mendapatkan Issuance Rating yang baik dari RAM Rating untuk proses penerbitan sukuk tersebut.

Pada masa sama, Khairil Anuar turut…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Luar Negara

Musim panas 2024 pecah rekod suhu global

Istanbul: Musim panas 2024 telah menetapkan penanda aras suhu baharu di seluruh dunia, lapor Agensi Anadolu, memetik data yang dikeluarkan pada Khamis oleh Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S). © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today6 September 2024