Site icon Kool FM

CBP umum dividen ADK 3.6 peratus


KUALA LUMPUR – Co-opbank Pertama (CBP) mengumumkan agihan pendapatan Akaun Deposit Koperasi (ADK) tahun 2024 sebanyak 3.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, melibatkan jumlah agihan keuntungan sebanyak RM10.8 juta.

Nilai itu setanding dengan agihan sebanyak 3.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi berkata, sehingga 31 Disember 2024, sebanyak 903 buah koperasi telah melakukan deposit ke ADK di CBP, dengan jumlah deposit terkumpul sebanyak RM 354.1 juta.

“Jumlah pendeposit ADK ini telah meningkat sebanyak 97 peratus daripada 458 buah koperasi pada tahun 2023, manakala jumlah deposit meningkat 32 peratus daripada RM 267.4 juta. 

“Hal ini menunjukkan sektor koperasi negara terus kekal utuh walaupun berdepan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Untuk makluman, sehingga Januari 2025, jumlah deposit di dalam akaun ADK sudah melebihi RM358 juta dan ia adalah satu prestasi yang sangat…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version