
Pelakon, Nadia Kesuma dilaporkan meninggal dunia selepas rebah secara tiba-tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, Arab Saudi, akibat serangan jantung.
Artikel Berkaitan: Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Suami & Anak Perempuan Berangkat Pada Pagi Ahad
Rebah di airport


Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dalam satu kenyataan memaklumkan, hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pihak berkuasa lapangan terbang mengesahkan arwah mengalami serangan jantung sebelum terjatuh.
Allahyarham rebah secara mengejut akibat serangan jantung dan segera dibawa ke hospital oleh pihak berkuasa lapangan terbang.
Dalam kenyataan sama, Seniman turut memaklumkan suami Allahyarham, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan, dijadualkan berlepas ke Jeddah pada petang Ahad bagi menguruskan urusan jenazah serta memberikan penghormatan terakhir kepada isterinya.
Pihak Seniman juga merayu orang ramai agar menghentikan sebarang spekulasi, kenyataan atau komen yang boleh…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: