Seorang lagi pemain import telah sah meninggalkan Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila Francisco Geraldes diumumkan sebagai pemain baharu kelab La Liga 2, CD Eldense.
Menurut kenyataan rasmi, pemain kelahiran Portugal tersebut menyertai kelab itu secara pinjaman dari JDT sehingga 30 Jun 2025.
Baca Juga:
Beliau merupakan pemain import ketiga yang meninggalkan Harimau Selatan selepas Jalil Elias ke Argentina dan Nicolao Cardoso sertai kelab Indonesia.
Geraldes diperkenalkan JDT pada bulan Januari lalu pernah mewakili skuad kebangsaan Portugal bawah 18 dan 21 tahun.
“Geraldes merupakan pemain yang memiliki karier yang hebat ketika berada di Liga Portugal dimana beliau telah beraksi dalam 150 perlawanan dan menjaringkan 9 gol serta 18 bantuan gol bersama Sporting CP, Estoril, Rio Ave dan Moreirense FC.
“Beliau juga mempunyai…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: