Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Cedera Tergelincir & Terkandas 8 Hari, Pendaki Croatia Rasa Malu Didukung ‘Porter’ Berusia 15 Tahun Turun Dari Gunung Kinabalu

today14 September 2026

Background
Cedera Tergelincir & Terkandas 8 Hari, Pendaki Croatia Rasa Malu Didukung 'Porter' Berusia 15 Tahun Turun Dari Gunung Kinabalu


Ekspedisi seorang pendaki solo dari Crotia, Mauro Persic di Gunung Kinabalu bertukar menjadi detik cemas dan perjuangan hidup mati selama lapan hari, sebelum dia berjaya diselamatkan menerusi operasi penyelamatan berskala besar berhampiran rabung timur puncak berkenaan.

Mauro kongsikan detik-detik cemas selama lapan hari itu menerusi satu hantaran Facebook.

“Saya menyusuri alur Sungai Mesilau untuk menakluki puncak tanpa laluan denai biasa. Peta satelit menunjukkan ini jalan mudah, tetapi reality di atas tanah jauh berbeza. Cerun licin, pokok renek berduri, dan dinding batu granit yang tegak menanti saya. Setiap langkah adalah pertaruhan antara hidup dan mati.

“Pada hari kelima, kesilapan terbesar saya berlaku di kawasan Red Rock. Permukaan granit berlumut kering gagal menampung berat badan saya. Saya tergelincir dan terjatuh sejauh 10 meter ke dasar gaung. Kesakitannya luar biasa. Tumit kanan saya membonjol dan berdarah teruk, betis berlubang,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post