Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Cederakan Lelaki Di Sebuah Kondominium, Sharnaaz Ahmad Mengaku Tidak Bersalah

today18 January 2023

Background


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Terbaharu, pelakon Sharnaaz Ahmad didakwa sengaja mencederakan seorang penghuni sebuah kondominium di Jalan Dutamas enam bulan lalu.

Artikel Berkaitan:

Walau bagaimanapun, menurut sumber, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir menepis dakwaan itu di Mahkamah Majistret, hari ini.

Pelakon berusia 38 tahun selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim.

Mengikut pertuduhan, Sharnaaz didakwa dengan sengaja mencederakan seorang lelaki berusia 26 tahun di sebuah kondominium di Jalan Dutamas pada 16 Jun 2022 lalu.

Difahamkan, sekiranya disabit kesalahan, pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau deda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Semasa prosiding, Timabalan Pendakwa Raya, Nadia Eleena Jamaluddin Akbal memberi cadangan iaitu OKS diberi ikat jamin sebanyak RM5,000…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Farisha


Previous post

Sukan

Nadal tersingkir awal

Melbourne: Juara bertahan Rafa Nadal tersingkir di pusingan kedua Terbuka Australia hari ini selepas mengalami kecederaan ketika tewas 6-4, 6-4, 7-5 kepada pemain Amerika Syarikat Mackenzie McDonald.

today18 January 2023