Lembaga Pengarah Kedah Darul Aman Football Club (KDA FC) hari ini mengumumkan, Khamal Idris Haji Ali telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KDA FC.
Menurut kenyataan rasmi, KDA FC memaklumkan Khamal melepaskan jawatan itu bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaannya selepas empat tahun menabur bakti bersama skuad Sang Kenari.
Artikel Berkaitan:
“Peletakkan jawatan ini juga diambil atas rasa tanggungjawab untuk membuka peluang kepada yang lebih berkelayakan dan berkemampuan.
“Ia satu kehilangan besar buat arena bola sepak negeri Kedah di mana kita dapat melihat banyak perkembangan serta pembaharuan yang dilaksanakan sejak dilantik pada pertengahan tahun 2020,” jelas kelab itu.
Lembaga Pengarah Kedah Darulaman Football Club (KDA FC) pada hari ini mengumumkan, Encik Khamal Idris Haji Ali telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC bagi memberi tumpuan sepenuhnya pada perniagaan beliau setelah 4 tahun menabur…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: