Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) persatuan bola sepak di sebuah negeri di utara tanah air antara empat individu ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta serta menerima rasuah lebih RM6 juta.
Menurut laporan Buletin TV3, keempat-empat suspek lelaki yang berusia antara 40 hingga 60 tahun itu telah ditahan sekitar jam 5.00 hingga 6.30 petang semalam ketika hadir ke Pejabat SPRM Kedah bagi dirakamkan keterangan.
Artikel Berkaitan:
Perintah reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 7 Januari depan turut dikeluarkan terhadap keempat-empat suspek selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar, pagi tadi.
CEO persatuan bola sepak antara 4 direman, terima rasuah lebih RM6 juta https://t.co/kdfTKPGtGo
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) January 5, 2024
Malah, wang rasuah tersebut dilaporkan telah dimasukkan dalam akaun sebuah Persatuan Bola Sepak sebagai balasan membantu mendapatkan tender projek…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
