Menerusi Facebook CHAGEE MY, mereka memohon maaf atas sebarang kebimbangan yang telah berlaku disebabkan oleh video TikTok tersebut.
Menurutnya, tingkah laku yang dilakukan pekerja terbabit sememangnya tidak menggambarkan piawaian yang dipegang dan telah mengambil maklum tentang perkara tersebut dengan sangat serius bagi memastikan pengalaman yang positif untuk semua pelanggan.
“Dengan itu, pihak CHAGEE sedang menjalankan siasatan secara terperinci dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya selaras dengan nilai teras kami. Selain itu, kami turut bekerjasama dengan cawangan yang terlibat untuk mengkaji semula prosedur operasi agar memastikan standard tertinggi dipatuhi.
“Kami juga berterima kasih atas maklum balas yang diterima mengenai mekanik pengendalian acara Tear & Win,” katanya.
CHAGEE turut menegaskan sebagai proses penambahbaikan yang berterusan, bermula pada bulan Disember, CHAGEE Malaysia akan menggantikan item fizikal dalam cawan Big Big Cup dengan slip kod QR bagi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: