Menerusi sebuah hantarannya di Facebook, Chazynash memohon jasa agar semua pihak tidak menyebarkan lagi spekulasi dan cerita yang tidak sahih mengenai dirinya.
“Assalamualaikum kepada semua yang mengenali saya dan juga Fatin Morat. Memandangkan cerita semakin meleret dan menimbulkan pelbagai spekulasi, kami terpaksa bersuara agar tak timbul lagi tanda tanya atau salah faham.
“Sebenarnya, kami berniat untuk mendiamkan perkara ini tanpa sebarang hebahan. Biar hanya yang tahu, tahu. Namun, untuk mengelakkan jadi makin melalut, kami ingin maklumkan bahawa kami telah berpisah secara baik (bercerai) pada 23 Januari 2025.
“Jodoh kami tidak panjang dan kami sepakat untuk membawa haluan masing-masing. Tapi apa-apa pun, dalam hal ini, saya yang bersalah.
“Jadi, saya dan Fatin mohon jasa baik semua untuk hentikan penyebaran cerita dan spekulasi yang entah apa-apa,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: