Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Cheah Liek Hou Sumbang Emas Pertama Malaysia

today3 September 2024

Background
Cheah Liek Hou


Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou menghadiahkan pingat emas pertama buat Malaysia selepas menang pada aksi final perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di Sukan Paralimpik Paris 2024 semalam.

Liek Hou berjaya menewaskan wakil Indonesia, Suryo Nugroho di Porte de La Chapelle Arena dengan keputusan yang cukup memberangsangkan iaitu 21-13, 21-15 dalam tempoh 41 minit.

Baca Juga:

Kemenangan ini menyaksikan atlet berusia 36 tahun itu mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di temasya Tokyo pada tiga tahun lalu.

Sebelum menuju ke pentas final, Cheah Liek Hou mempunyai kelebihan dimana beliau menewaskan Suryo ketika aksi peringkat kumpulan A.

Meskipun Suryo cuba untuk menampilkan kebangkitan, namun penguasaan jaguh Malaysia ini sukar digugat dan pemain lawan terpaksa akur dengan tewas dalam dua set.

Kejayaan memenangi emas kali ini menyaksikan Liek Hou bakal menerima ganjaran lumayan sebanyak RM1 juta di bawah Skim Hadiah Kemenangan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dito


Previous post

Sukan

Suarez umum persaraan

Montevideo: Penyerang Uruguay Luis Suarez mengumumkan persaraan daripada peringkat antarabangsa selepas menamatkan karier 17 tahun bersama pasukan kebangsaan sebagai penjaring terbanyak dengan 69 gol.

today3 September 2024