
TEG Sport mengumumkan satu perlawanan bola sepak berprestij yang akan berlangsung pada Ogos ini melibatkan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea dan juara Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim FC (JDT).
Perlawanan yang amat dinanti-nantikan itu dijadual berlangsung pada Selasa, 11 Ogos 2026 dengan sepak mula pada jam 8 malam di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri, stadium bertaraf dunia yang mampu menampung kira-kira 34,000 penyokong.
Perlawanan tersebut menawarkan peluang istimewa kepada para peminat bola sepak untuk menyaksikan kelab kebanggaan Malaysia, JDT, mewakili negara menentang kelab ikonik Liga Perdana Inggeris, Chelsea.
Perlawanan itu juga menjadi sebahagian daripada persiapan pra-musim Chelsea menjelang kempen musim 2026/27, selain memberi peluang kepada JDT untuk menguji kemampuan mereka menentang pasukan elit Eropah di gelanggang sendiri.
Chelsea merupakan juara semasa Piala Dunia Kelab FIFA dan satu-satunya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
