Site icon Kool FM

Chelsea Mahu Pecah Rekod Pembelian, Idam Khidmat Alexander Isak

Alexander Isak


Chelsea dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat peledak berbisa Newcastle United, Alexander Isak yang beraksi cukup cemerlang pada musim lalu.

Pemain kelahiran Sweden itu mencetak 25 jaringan dimana 21 daripadanya terhasil dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Baca Juga:

Prestasi cemerlang itu menyaksikan Chelsea mahu membawa Isak ke Stamford Bridge dengan tanda harga melebihi £115 juta sekali gus bakal menjadi pembelian termahal dalam kempen EPL.

Chelsea sebelum ini membelanjakan jumlah tersebut dalam mendapatkan pemain tengah, Moses Caicedo dari Brighton pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Perkembangan terkini mengenai minat ditunjukkan Chelsea terhadap penyerang berusia 24 tahun itu disahkan oleh sumber laporan Goal.

Sejak mula beraksi dalam EPL pada 2022, Isak tidak menunggu lama untuk membuktikan kemampuan hebatnya dalam merobek gawang lawan.

Pada musim pertamanya walaupun seringkali dibelenggu kecederaan hingga terpaksa…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version