Chelsea meraih kemenangan ketiga dalam kempen English Premier League (EPL) 2024/25 selepas berjaya menundukkan West Ham United 3-0 pada aksi yang berlangsung di London Stadium sebentar tadi.
Kemenangan pada Derbi London itu membolehkan The Blues mengumpul 10 mata untuk berada di kedudukan kedua buat seketika sementara menantikan pasukan lain beraksi.
Baca Juga:
Malah, ia merupakan kekalahan ketiga buat skuad kendalian Julen Lopetegui yang nyata membuatkan pengurus dari Sepanyol tersebut berada dalam keadaan tertekan.
West Ham United hanya mampu mengumpul empat mata hasil satu kemenangan, satu keputusan seri dan tiga kekalahan setakat ini.
Chelsea tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Nicolas Jackson hanya memerlukan empat minit bagi membolosi gawang tuan rumah.
Mendapat lorongan daripada Jadon Sancho,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: