Site icon Kool FM

Chelsea Tandatangani Rogers Dari Villa Dengan Rekod Perpindahan UK

rogers


Chelsea menandatangani pemain tengah England, Morgan Rogers, dari Aston Villa pada Selasa dalam perjanjian yang dinilai oleh media British bernilai £117 juta ($157 juta), sekali gus memecahkan rekod perpindahan bagi pemain British.

“Penyerang berusia 23 tahun itu telah menandatangani kontrak di Stamford Bridge sehingga 2033,” kongsi kelab London itu menerusi laman web mereka.

Rogers lulus pemeriksaan perubatan pada hari Isnin sekembalinya beliau dari Piala Dunia di Amerika Utara.

“Saya sangat teruja,” kata Rogers. “Bagi saya, Chelsea ialah kelab terbesar di London dan sebuah kelab yang sentiasa saya kagumi sejak kecil lagi,” Rogers dipetik sebagai berkata oleh pihak kelab.

“Saya sangat teruja dengan projek bersama pengurus baharu, barisan pemain yang kami miliki serta hala tuju kelab ini. Atas sebab itulah saya berada di sini dan saya sudah tidak sabar untuk bermula.”

Perpindahan tersebut mengatasi rekod yuran terdahulu bagi pemain…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version