
Chelsea mengalami kekalahan mengejutkan 1-3 di tangan Nottingham Forest dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 4 Mei 2026 di Stamford Bridge.
Kekalahan ini menandakan kemerosotan berterusan bagi The Blues yang beberapa bulan lalu menjuarai Piala Dunia Kelab menewaskan Paris St Germain.
Chelsea turutmelanjutkan rentetan tanpa kemenangan mereka dalam EPL.
Perlawanan bermula dengan Nottingham Forest menunjukkan kecekapan yang tinggi di hadapan gol. Taiwo Awoniyi membuka tirai jaringan seawal minit ke-2, memberikan kelebihan awal kepada Forest.
Bintnag Forest paling menonjol musim ini, Igor Jesus kemudian menggandakan kedudukan pada minit ke-15, meletakkan Chelsea dalam situasi yang sukar di awal permainan.
Awoniyi sekali lagi menemui jaring pada minit ke-52, menjadikan kedudukan 3-0 memihak kepada Forest.
Walaupun Chelsea mendominasi penguasaan bola sebanyak 68% dan melakukan 21 percubaan ke arah gol, mereka bergelut untuk menembusi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: