Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Cik B Beli G63 Brabus RM1.79 Juta Sempena Hari Jadi Ke-19 Tahun

today9 May 2024

Background


Menerusi postingnya di Instagram dan TikTok, kelihatan sebuah Mercedes Benz G63 Brabus yang berharga RM1.79 juta ditutup dengan kain hitam beserta hiasan belon di pekarangan showroom tersebut.

Difahamkan, impian Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen dapat memiliki kereta idamannya itu pada hari ulang tahun ke-19.

Cik B juga berkata, kereta mewah hasil perniagaan diusahakan sendiri itu turut diperoleh berkat doa serta sokongan ibunya.

“Alhamdulilah. Thank you @datoserivida couldn’t done it without you. Alhamdulilah dikurniakan seorang ibu yang hebat kaya, pandai, bijak, comel dan cantik.

“Pertama sekali saya nak cakap terima kasih tidak terhingga kepada mama sebab kalau tiada mama, saya takkan dapat kereta G Wagon Brabus G63 original tau bukan convert.

“Jadi, terima kasih sangat-sangat mama, sayang mama dan selamat hari jadi untuk saya,” katanya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post