Site icon Kool FM

Cik Na Berpusing Kegembiraan Dapat Lock 125z Dengan Harga Jackpot RM30K


Usahawan bernama Cik Na yang sebelum ini membeli RXZ RM140,000 kali ini meraikan satu lagi kegembiraan.

Minatnya dalam mengumpul motosikal yang dianggap rare membuatkan Cik Na berpusing pusing girang kegembiraan kerana mendapat harga jackpot Yamaha 125z Movistar.

Motosikal tersebut didakwa hanya ada 5,000 unit sahaja di jalan raya. Cik Na mengesahkan bahawa dia tak akan melepaskan peluang mendapatkan motosikal Yamaha Movistar 125z yang turut ada surat pengesahan serta baju edisi khas.

Cik Na sudah melihat sendiri pengesahan tersebut dan yakin bahawa motosikal tersebut benar benar barang langka atau rare.

Menariknya, penjual tersebut dikatakan cuba  untuk mengurangkan harga pada saat akhir,  namun Cik Na tidak setuju kerana barang tersebut adalah barang yang disayangi pemilik asal.

Cik Na bertekad mahu terus menyimpan motosikal yang dianggap edisi terhad itu.

@khairi.ck

hehe Tersilap tu , bukan modenas cikna tapi 125Zr Movistar , nantikan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version