Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

CIMB masuk pasaran Bon Panda dengan terbitan RMB3 bilion

today31 October 2025

Background


PETALING JAYA – CIMB Bank Berhad (CIMB) telah menerbitkan Bon Panda tiga tahun bernilai RMB3 bilion (RM1.77 bilion) di Pasaran Bon Antara Bank China, yang membawa kadar kupon tetap sebanyak 2.18 peratus.

Ia beroleh buku pesanan kukuh sebanyak RMB4.64 bilion yang menyaksikan pendalaman ketara pada asas pelabur CIMB, termasuk pelabur institusi dalam dan luar pesisir.

Terbitan itu juga mewakili terbitan Bon Panda kedua terbesar setakat ini daripada Penerbit ASEAN dan mencapai kadar kupon terendah yang pernah diperoleh oleh penerbit ASEAN.

Bon Panda yang dikeluarkan oleh CIMB diberikan penarafan AAA oleh China Chengxin Credit Rating Group.

Hasil bersih daripada terbitan bon akan digunakan terutamanya untuk mengembangkan perniagaan tempatan dan rentas sempadan Bank, membantu memperkukuh perdagangan dan kewangan serantau dalam pelbagai sektor utama strategik.

Sebahagian daripada hasil akan dikekalkan di dalam negara untuk mengukuhkan pembangunan perniagaan CIMB di China, sekali gus…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post