
PETALING JAYA – CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) menafikan sebarang rancangan untuk menswastakan CIMB Niaga, susulan laporan berita baru-baru ini.
Menurutnya dalam satu kenyataan, pihaknya belum membuat sebarang keputusan mahupun mengemukakan cadangan rasmi berhubung kemungkinan penswastaan CIMB Niaga.
“CIMB Niaga kekal sebagai bahagian penting dalam jejak serantau Kumpulan, dan Kumpulan tetap komited terhadap operasinya di Indonesia.
“Kumpulan akan terus mematuhi semua garis panduan kawal selia yang berkenaan, termasuk keperluan minimum pegangan saham awam, secara teratur dan tepat pada masanya,” katanya hari ini.
Terdapat laporan berita semalam yang menyatakan CIMB sedang mengkaji langkah nyahsenarai CIMB Niaga di pasaran saham Indonesia, antaranya didorong oleh pandangannya bahawa saham CIMB Niaga masih dinilai rendah berbanding potensi sebenar perniagaannya, selain prospek pertumbuhan jangka panjang di Indonesia yang kekal positif.
Laporan itu berkata,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: