
KUALA LUMPUR – CIMB Bank Berhad (CIMB Bank) melancarkan CIMB Private Wealth, segmen pengurusan kekayaan baharu yang direka khusus bagi memenuhi keperluan pelanggan berpendapatan tinggi di seluruh ASEAN menerusi penyelesaian kewangan dan khidmat nasihat yang diperibadikan.
Pelancaran itu selaras dengan aspirasi Forward30 CIMB Group, yang menyasarkan untuk menggandakan Aset di Bawah Pengurusan (AUM) kekayaannya menjelang tahun 2030.
Ia menyasarkan individu dengan AUM bernilai sekurang-kurangnya RM1 juta, berbanding CIMB Preferred yang menetapkan nilai lebih rendah iaitu RM250,000.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pengguna Kumpulan, CIMB Group, Haniz Nazlan berkata, landskap pengurusan kekayaan kini semakin kompleks berikutan peningkatan pemindahan kekayaan antara generasi dan pertumbuhan pesat golongan berpendapatan tinggi di ASEAN.
“Kami melihat pelanggan bukan sahaja memerlukan pengurus aset, tetapi rakan strategik yang mampu membimbing mereka dalam setiap keputusan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: