Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

CIMB sedia RM7.5 juta untuk Program Biasiswa ASEAN 2022

today22 October 2022

Background


PETALING JAYA – CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) mengukuhkan komitmen untuk mengembangkan bakat beliau merentasi rantau ASEAN dengan geran terkini berjumlah RM7.5 juta dalam bentuk biasiswa di bawah Program Biasiswa ASEAN CIMB 2022.

Sejak penubuhannya pada 2016, inisiatif berkenaan telah menyediakan belia berpotensi tinggi dari negara-negara ASEAN peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di institusi pilihan mereka.

Di Malaysia, biasiswa diberikan melalui Yayasan CIMB, manakala di pasaran ASEAN lain ia akan diberikan oleh entiti perbankan tempatan masing-masing di bawah Kumpulan.

Selain biasiswa penuh meliputi yuran pengajian, penerima biasiswa juga akan menerima elaun sara hidup, insurans dan yuran lain yang berkaitan untuk menyokong bidang pengajian mereka di mana-mana universiti di seluruh dunia.

Penerima akan turut bekerjasama dengan mentor dari CIMB yang akan memberikan bimbingan kerjaya sepanjang tempoh pengajian mereka, sebelum memasuki pekerjaan sepenuh…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post