KUALA LUMPUR – CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) mengumumkan sasaran iklim 2030 untuk portfolio minyak dan gas (O&G) serta hartanah, sekali gus menjadi bank Malaysia pertama yang melengkapkan penetapan sasaran nyahkarbon 2030 untuk sektor berpelepasan tinggi.
Ia menyasarkan pengurangan intensiti pelepasan sebanyak 16 peratus bagi portfolio O&G menjelang 2030, serta pengurangan 34 peratus bagi operasi hartanah komersial.
Sasaran iklim bagi sektor-sektor lain yang telah diumumkan CIMB sebelum ini termasuk perlombongan arang batu haba, simen, minyak sawit dan kuasa.
Pada masa sama, CIMB turut mengemas kini kertas putihnya yang diterbitkan sebelum ini, dengan memperincikan rancangan nyahkarbon serta menggariskan laluan khusus dan strategi segera untuk kesemua enam sektor tersebut yang menyumbang kepada 60 peratus portfolio pembiayaan pelepasan CIMB setakat 2023.
Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Malaysia dan CIMB Bank Berhad, Gurdip Singh Sidhu berkata, pengumuman tersebut…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
