
Pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Cinta Laura dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan pada jarinya.
Jari Cinta Laura luka kena pisau
Menerusi perkongsian di Instagram, Cinta memuat naik beberapa foto dirinya berada di atas katil hospital dengan tangan dipasang infus serta salah satu jarinya dibalut tebal.
Menurut Cinta, kejadian itu berlaku ketika dia mahu memotong limau nipis menggunakan pisau besar semasa menjalani penggambaran video bersama pencipta kandungan, Emil Mario.
Pada awalnya semuanya okay saja, sampai saya nak potong limau nipis… tak sengaja jari saya terkena pisau,” .
Difahamkan, luka pada jarinya agak dalam sehingga menyebabkan pendarahan yang banyak dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan segera.
Mahu tak mahu memang kena terus ke hospital untuk jahit luka.
Penyanyi lagu Markisa itu turut mendedahkan dia perlu masuk ke bilik pembedahan bagi merawat kecederaan tersebut. Bagaimanapun, proses rawatan berjalan lancar dan dia kin…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
