Site icon Kool FM

‘Cipta Kenangan Bersama Ayah Di Disneyland’

Fattah Amin Kotakan Janji, Fatima Teruja Pergi Disneyland – ‘Cipta Kenangan Bersama Ayah Saya’


Pelakon kacak, Fattah Amin hari ini mengotakan janjinya untuk membawa puteri tercinta iaitu Nur Fatima Aisya ke Disneyland di Tokyo, Jepun.

Artikel Berkaitan: ‘Hubungan Fatima, Nenek & Fazura Baik’ – Fattah Amin Mohon Netizen Henti Spekulasi

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Fatima Okay Saja Dengan Nenda, Tengah Bincang Nak Pergi Disneyland’ – Fattah Amin

Tunai janji

Menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik di Instagram miliknya, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkongsi foto Fatima bersama dua sepupunya sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Fattah juga memohon doa daripada semua pengikutnya agar perjalanan mereka sentiasa selamat.

Hi semua, Fatima, Numan dan Nailah dah nak naik flight ni.. doakan kami selamat pergi dan balik.

Dalam masa yang sama, Fatima juga turut teruja untuk ke destinasi impiannya itu bersama bapa yang dikasihi.

Saya nak pergi bercuti ke tempat yang paling saya nanti-nantikan, mencipta kenangan bersama ayah saya di…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version