Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Cipta mata pencarian menerusi minat berkebun

today28 December 2021

Background


PETALING JAYA – Seorang usahawan, Zarini Jaafar, 41, tidak pernah menyangka selepas menceburi bidang perniagaan lebih 10 tahun, pancang buluh – iaitu keratan buluh yang digunakan sebagai pancang untuk tanaman di halaman rumah bakal menjadi produknya yang paling berjaya.

Tambahan pula, wanita ini bukanlah calang-calang usahawan, beliau merupakan pengasas jenama Darina yang mengeluarkan pelbagai jenis barangan dari skrub mandian dan losen wangi sehinggalah pes masakan yang mendapat status halal.

Cerita bekas kakitangan bank ini, dia membuat keputusan berhenti kerja untuk bekerja dari rumah dan mula menjual produk kecantikan secara atas talian pada 2009, sebelum mengorak langkah menubuhkan Darina pada 2017.

Pada 2019, dia dan suami memilih untuk berpindah ke Kelantan bagi mengembangkan jenama tersebut dan perniagaan Darina berkembang maju sehingga membolehkan Zarini membuka pejabat di Kelantan dan Selangor.

Jenama Darina kekal bertahan sehingga kini dan menawarkan pelbagai bahan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Sukan

Gol Cavani selamatkan Man United

Newcastle, United Kingdom: Ralf Rangnick mendakwa pemain bintang Manchester United kurang agresif selepas Edinson Cavani menyelamatkan mereka untuk seri 1-1 berdepan pasukan bergelut dalam liga, Newcastle, pagi ini.

today28 December 2021