PETALING JAYA – Peneraju global dalam teknologi internet, Cisco menandatangani rangka kerja usaha sama dengan Kerajaan Malaysia di Washington baru-baru ini bagi memajukan agenda pendigitalan negara.
Kerjasama tersebut antara lain menetapkan asas bagi program Country Digital Acceleration (CDA) Cisco di negara ini.
Ia juga sejajar dengan Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia yang bertujuan untuk memupuk keterangkuman sosial serta daya tahan ekonomi melalui transformasi digital.
Program tersebut memberi tumpuan kepada empat teras utama termasuk transformasi digital dalam sektor awam serta transformasi digital dalam industri dengan memfokuskan transformasi dan inovasi dalam sektor tenaga serta utiliti.
Ia juga memberi tumpuan terhadap transformasi digital dalam perniagaan kecil dan sederhana serta transformasi digital dalam sektor pembekal perkhidmatan, dengan tumpuan pada inovasi 5G.
Naib Presiden Kanan dan Pegawai Inovasi Global Cisco, Guy Diedrich berkata, melalui CDA,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
